Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

OPERASI SEPADU ”OPS TANJONG”

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 7 Februari – Satu Operasi sepadu dinamakan ”OPS Tanjong” telah dikendalikan oleh Daerah Polis Brunei Muara, Pasukan Polis Diraja Brunei dan disertai oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dan Biro Kawalan Narkotik ke atas sebuah rumah sewa beralamat di No. 5, Simpang 1626-162, Kg Tanjong Nangka. 

Operasi tersebut melibatkan 03 orang Pegawai Daerah Polis Brunei Muara, Pegawai Menguasa Balai Polis Sengkurong, pegawai-pegawai dan keanggotaan Balai dan Special Duties daripada Balai Polis Sengkurong, Limau Manis, BSB, Berakas, Muara dan Kg. Ayer seramai 39 orang, 10 orang dari Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dan 08 orang dari Biro Kawalan Narkotik. 

Hasil Pemeriksaan, JKED telah menahan 10 orang lelaki dan 3 orang perempuan dan merampas 10 paket rokok (94 batang), 8 botol minuman keras dan 5 Unit Vape, 13 orang OKT diarahkan untuk melapor ke Unit Siasatan JKED bagi tindakan dan siasatan selanjutnya. 

Manakala pihak BKN telah menjalankan sebanyak 20 ujian saringan air kencing di tempat kejadian. Pihak BKN telah menahan 4 lelaki dan 2 wanita atas sebab ujian saringan air kencing didapati positif. Pihak BKN juga menggeledah 3 buah kereta dan telah menjumpai 3 alat dipercayai untuk menghisap dadah. 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan sentiasa membuat pemantauan dan risikan serta akan mengambil tindakan pada setiap kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang di negara ini. Juga Pihak Polis ingin menyarankan kepada orang ramai agar dapat memberikan apa jua jenis maklumat dengan mengongsikan ke talian kecemasan 993 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. ​



Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​​​


Attachments