TEMBURONG, Khamis 1 Februari - Pada hari Khamis, 1hb Februari 2024, anggota-anggota Balai Polis Temburong Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berjaya
menahan seorang warga tempatan dimana kejadian kejar-mengejar telah berlaku.
Pada sekitar jam 5 pagi, Peronda Balai di maklumkan dan seraya berjaya menemukan
kenderaan berkenaan berjalan menghala ke Bangar. Peronda telah mencuba
menahan kereta yang mencurigakan, akan tetapi pemandu enggan berhenti dan
malah suspek melajukan kenderaannya untuk cuba melarikan diri. Kejadian kejar-mengejar berakhir setelah kenderaan tersebut terbabas di Kawasan berdekatan
simpang Kg Gadong Baru. Suspek diberkas setelah menyerah diri di tempat
kemalangan.
Hasil pemeriksaan kenderaan suspek, pihak polis mendapati 17 kotak besar yang
mengandungi daging-daging ayam yang dipercayai diseludup dari negara jiran.
Suspek telah dibawa ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan dan barang-barang
rampasan telah diserahkan kepada Pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja untuk
tindakan lanjut.
Pasukan Polis Diraja Brunei akan sentiasa bekerjasama dan berganding bahu
bersama agensi penguatkuasaan undang-undang di negara ini dalam membanteras
dan mencegah dari berlakunya jenayah dan isu penyeludupan rentas sempadan di
Negara Brunei Darussalam.
Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama orang ramai bagi membantu pihak
berkuasa dalam memerangi jenayah penyeludupan dengan menyalurkan maklumat
yang berkaitan melalui talian-talian kecemasan pihak penguatkuasa undang-undang
di negara ini.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI