Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

PENIPUAN ’SCAM’ DALAM TALIAN

​​​BRUNEI MUARA, Isnin 29 Jan – Pasukan Polis Diraja Brunei ingin memaklumkan dan memberi amaran kepada orang ramai tentang penipuan ’phishing’ dalam talian yang sedang berleluasa, yang memancing individu yang mudah percaya untuk mendapatkan maklumat peribadi mereka dengan menarik mereka dengan tawaran atau 'lucky draw' yang tidak diketahui. Untuk penipuan khusus ini, PPDB ingin menekankan bahawa kerajaan tidak akan menawarkan sebarang bantuan kepada orang ramai melalui media sosial. 

PPDB ingin mengingatkan dan menasihatkan kepada orang awam agar tidak menjadi mangsa kepada penipuan ‘phishing website’ dengan mengambil langkah berjaga-jaga seperti berikut: 

1. Tidak mendedahkan sebarang maklumat perbankan seperti nombor telefon bimbit kad ATM, PIN, kata laluan dan sebagainya kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali atau bukan atas permintaan biskita. 

2. Elakkan membuka sebarang pautan yang mencurigakan di dalam mana-mana aplikasi sosial media. 

3. Membuat pemeriksaan dan kepastian daripada jabatan-jabatan atau agensi-agensi yang relevan/berkenaan mengenai tawaran-tawaran yang diiklankan. 

PPDB menyeru kepada orang ramai agar tidak mengendahkan mana-mana tawaran atau bantuan sepertinya dan mengingatkan ahli-ahli keluarga dan teman-teman untuk menghindarinya. 

Pihak polis ingin menyarankan kepada orang ramai agar dapat bekerjasama dan memberikan apa jua jenis maklumat dengan mengongsikan ke talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan serta boleh disalurkan melalui e-mel laman sesawang PPDB www.polis.gov.bn ataupun Instagram @upa.ppdb. 



Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​​​
​​


Attachments