Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

LAPORAN KES ORANG DISERANG BUAYA

BELAIT, Rabu 6 Disember - Balai Polis Kuala Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menerima satu aduan berkenaan laporan dipercayai seorang individu telah diserang buaya di kawasan Sungai Belait, pada 5 Disember 2023 sekitar jam 7 malam. 

Menurut laporan awal yang diterima, mangsa yang terlibat adalah seorang lelaki warganegara tempatan dan dipercayai sedang merambat di sungai tersebut. Pada masa ini, Pihak Polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kejadian berlaku dan usaha mencari mayat mangsa masih dijalankan. 

Adalah dipohonkan kepada orang ramai ataupun saksi mata yang ada mengetahui ataupun menyaksikan kejadian berkenaan untuk tampil kemana-mana balai polis yang berdekatan untuk membantu siasatan kejadian ini. 

Di kesempatan ini, Pasukan Polis Diraja Brunei ingin mengingatkan kepada orang awam agar berhati-hati dan utamakan keselamatan dengan menghindari sebarang aktiviti di kawasan perairan atau sungai yang diketahui sebagai habitat buaya.



Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​


Attachments