Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

KEMALANGAN JALAN RAYA MERAGUT NYAWA

​BELAIT, Isnin 4 Disember - Balai Polis Sungai Liang, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengesahkan berlakunya satu kejadian kemalangan jalan raya yang telah meragut nyawa seorang lelaki warganegara Malaysia. 

Kejadian tersebut telah dilaporkan melalui talian kecemasan 993 pada 4 Disember 2023 jam 10 pagi yang berlaku di kawasan lampu trafik, Lebuhraya Lumut, Daerah Belait. 

Hasil daripada siasatan awal di tempat kejadian mendapati insiden kemalangan yang melibatkan sebuah kenderaan motosikal dan seorang penunggang didapati tidak sedarkan diri akibat daripada kemalangan. Hadir semasa kejadian tersebut adalah pegawai dan anggota Balai Polis Sg Liang bersama pihak paramedik dan telah disahkan meninggal dunia ditempat kejadian. 

Hasil siasatan Pihak Polis mendapati, mangsa yang maut (pemandu) merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 37 tahun telah mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepala, bahu dan depan badan. 

Walau bagaimanapun, Pihak Polis masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan dan kematian. 

Di kesempatan ini, PPDB menegaskan kepada orang ramai terutama pengguna-pengguna jalanraya agar sentiasa berhati-hati semasa memandu, menitikberatkan aspek keselamatan yang melibatkan kawalan had laju, pemakaian tali pinggang keselamatan dan topi keledar yang bersesuaian, sentiasa peka dan bertolak ansur lebih-lebih lagi penunggang motosikal. 




Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​


Attachments