Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

KEJOHANAN BADMINTON ANTARA CAWANGAN PEKERTI

GADONG, Ahad 26 November – Petang tadi Badan Sukan Tertinggi, Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) telah mengendalikan perlawanan peringkat akhir bagi kejohanan badminton antara cawangan PEKERTI. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat kejohanan badminton peringkat akhir tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Datin Hajah Zauyah bin Pengiran Haji Sulaiman, Yang Di-Pertua PEKERTI. 

Turut hadir adalah Yang Mulia Datin Sabrina Aziemah binti Abdullah Chong, Pengerusi PEKERTI, dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI. 

Kejohanan badminton antara Cawangan PEKERTI kali ini memperhatikan Cawangan A sebagai Johan Bergu Terbuka, Cawangan C sebagai Johan bagi Bergu Isteri Pegawai PPDB bersama Anggota Polis Wanita, dan Cawangan A sebagai Johan bagi Bergu Pegawai Wanita/Isteri Pegawai PPDB bersama Isteri Anggota Polis/Anggota Polis Wanita. Manakala piala pusingan kejohanan ini telah dimenangi oleh Cawangan A. 

Kejohanan badminton antara cawangan PEKERTI ini antara lain bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan isteri-isteri serta ahli keluarga anggota Pasukan Polis Diraja Brunei, menggalakkan cara hidup sihat dengan melibatkan diri dalam kegiatan sukan, serta memupuk perpaduan, persefahaman dan kerjasama dikalangan isteri-isteri dan ahli keluarga anggota Pasukan Polis Diraja Brunei.



Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​


Attachments