Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH AKADEMIK TERBAIK BAGI MURID-MURID TAMAN DIDIKAN ANAK-ANAK PPDB 2023

​GADONG, Rabu 22 November – Murid-murid Taman Didikan Anak-anak Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) yang telah berjaya menamatkan kelas tadika dan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun 2023 telah diraikan dalam majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Akademik Terbaik bertempat di Dewan Stadium Hassanal Bolkiah Polis Gadong hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan Yang Mulia Pengiran Datin Hjh Zauyah binti Pengiran Hj Sulaiman, Yang Di-Petua Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polls (PEKERTI).

Turut hadir Yang Mulia Datin Sabrina Aziemah binti Abdullah Yong, selaku Pengerusi PEKERTI.

Majlis berkenaan menyaksikan penyampaian sebanyak 30 sijil pelajar cemerlang serta hadiah dan 48 sijil pelajar menamatkan sesi persekolahan (KG2) bagi tahun 2023.

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan tarian dan nyanyian yang ditampilkan oleh murid-murid KG1 dan KG2 dan diakhiri dengan bacaan Selawat Tafrijiyah. 



Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​


Attachments