Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MAJLIS PENYAMPAIAN PINGAT LAILA TUGAS

​​GADONG, Selasa 21 November – Seramai 8 orang pegawai dan anggota dari Polis Kawalan Diraja, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menerima Pingat Laila Tugas dalam satu majlis penyerahan pingat yang berlangsung di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat, Pasukan Polis Diraja Brunei, Gadong hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali, Pesuruhjaya Polis PPDB.

Turut hadir Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin, Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, pengarah-pengarah, timbalan pengarah, pegawai-pegawai kanan PPDB serta para penerima-penerima pingat.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong dan kemudian majlis diteruskan dengan penyampaian pingat-pingat kepada para penerima yang disampaikan oleh tetamu kehormat.

Penganugerahan pingat berkenaan merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada pegawai dan anggota yang di amanahkan untuk mengawal keselamatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerabat-kerabat Diraja. 





Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​​​


Attachments