Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

SEKATAN JALANRAYA OPERASI SEPADU BERSAMA AGENSI PENGUATKUASA KERAJAAN

TUTONG, Selasa 14 November – Kawasan berdekatan Simpang 3 Kg Luagan Timbaran Tutong telah menjadi tumpuan agensi-agensi penguatkuasa undang-undang lalulintas negara ini dalam operasi sepadu yang telah dikendalikan oleh Balai Polis Lamunin pada 14 November 2023 jam 8.30 pagi hingga 10.45 pagi. 

Operasi tersebut adalah operasi bersama di   antara Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) Daerah Tutong dan operasi tersebut terdiri daripada keanggotaan PPDB iaitu daripada Balai Polis Lamunin dan agensi-agensi lain iaitu Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) dan Biro Kawalan Narkotik (BKN). 

Sebanyak 6 kesalahan Lalulintas dan 21 Kompaun telah didapati daripada 130 buah kereta yang diperiksa dalam operasi tersebut. Di antara kesalahan yang telah didapati adalah kenderaan yang memakai pelekat plastik filem atau tabir, lesen memandu mansuh, tayar nampak banang dan insuran mansuh. 

Sementara itu, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) telah mengeluarkan 13 kompaun atas 5 kesalahan bagi kenderaan berat seperti lori dan trak. Manakala Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) menahan 05 Individu untuk siasatan lanjut atas kesalahan memiliki rokok dan vape. Biro Kawalan Narkotik (BKN) telah mendapati 2 kesalahan di bawah Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27 iaitu memakan dadah terkawal. 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengharapkan operasi bersama seperti ini akan meningkatkan lagi kerjasama bersama pihak-pihak berkepentingan dan masyarakat secara amnya, agar dapat memupuk sikap bersama menanai tanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan awam dengan mematuhi undang-undang negara ini.



Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​



Attachments