Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

KEJOHANAN BOLASEPAK ANTARA CAWANGAN (PEGAWAI) PPDB

​GADONG, Sabtu 11 November – Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MSPDB) telah mengadakan Perlawanan Akhir Kejohanan Bolasepak antara cawangan bagi Pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei. Kejohanan ini telah berlangsung sejak 20 September 2023 bertempat di padang bola Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Gadong. 

Hadir selaku tetamu kehormat, Pesuruhjaya Polis PPDB, Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Awang Mohd Irwan bin Haji Hambali dan juga turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin. 

Antara yang hadir menyaksikan perlawanan akhir berkenaan, Pengerusi-pengerusi Cawangan PPDB, Pegawai-pegawai dan juga anggota PPDB. 

Perlawanan akhir berkenaan menyaksikan pertemuan antara Pasukan Pesuruhjaya Polis (PJP) dan Cawangan ‘A’. Juara bagi perlawanan yang sengit tersebut adalah Pasukan PJP dengan jaringan 5-3. 

Selesai perlawanan, Tetamu Kehormat, Pesuruhjaya Polis PPDB Dato Paduka Seri Haji Awang Mohd Irwan bin Haji Hambali telah berkesudian menyampaikan hadiah kepada Pemain Terbaik, Insp Norfaez bin Awg Sayang. Manakala Penjaga Gawang Terbaik, Insp Nyaring Anak Jaya dan juga Penjaring Terbanyak, DSP Mohd 'Izzuddin Hanis bin Haji Mohd Salleh. 

Seterusnya penyampaian piala kepada juara bagi Kejohanan Liga yang disandang oleh Pasukan PJP dan akhirnya menyampaikan hadiah dan piala bagi Kejohanan Piala Pesuruhjaya Polis, iaitu tempat ketiga kepada Cawangan ‘B’, naib juara kepada Cawangan ‘A’ dan Pasukan PJP selaku juara bagi kejohanan tersebut.




Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​


Attachments