Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

KEMPEN DERMA DARAH 2023 ANJURAN PEKERTI

​GADONG, Sabtu 11 November - Badan Tertinggi Kebajikan Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) telah mengadakan Kempen Derma Darah anjuran bersama kakitangan Tabung Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAS), Kementerian Kesihatan bertempat di Stadium Hassanal Bolkiah Polis Gadong, Ibu Pejabat Polis Gadong. 

Kempen Derma Darah pada tahun ini bertemakan “1 pint can save 3 lives” berhasrat untuk mewujudkan rasa kasih sayang serta menanamkan sifat beramal jariah dengan menambahkan simpanan tabung darah negara dari sumbangan tersebut. 

Seramai 44 orang penderma telah turut serta yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai dan Ahli pangkat rendah Pasukan Polis Diraja Brunei berserta Ahli keluarga PEKERTI. 

Kempen seumpama ini adalah salah satu aktiviti kebajikan yang bermanfaat yang mana Bagi setiap unit darah yang didermakan ianya Insya-Allah akan dapat menyelamatkan tiga (3) nyawa pesakit. Semoga Allah Subhanahu Wa ta'ala membalas budi baik semua serta melimpahkan rahmatnya kepada mereka yang membantu sesama insan. 

Justeru itu, adalah disarankan untuk bersama-sama meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan perpaduan dalam langkah memastikan bekalan darah mencukupi dan selamat, melalui aktiviti-aktiviti pendermaan darah secara sukarela yang berterusan. Hanya dengan ini, akses kepada bekalan darah yang mencukupi akan dapat terus dinikmati oleh pesakit-pesakit yang memerlukan pemindahan darah yang selamat dan tepat pada masanya.




Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​

Attachments