Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

PENEMUAN BARANG TEGAHAN BALAI POLIS KG AYER

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 9 November – Balai Polis Kg Ayer, Pasukan Polis Diraja Brunei telah menerima laporan daripada seorang penjawat awam yang prihatin mengenai penemuan barang tegahan di kawasan Kg Saba Tengah. 

Hasil dari laporan tersebut, anggota Balai Polis Ayer telah menemui barang-barang tegahan yang telah ditinggalkan di sebuah bangunan kerajaan. Setelah pemeriksaan, didapati 50 karton rokok dan minuman keras sebanyak 216 tin dan 15 botol. 

Kesemua barang tegahan dirampas dan diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siasatan dan tindakan selanjutnya. 

Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menyeru orang ramai bagi menyalurkan sebarang maklumat mengenai apa jua kegiatan jenayah ke Pasukan Polis Diraja Brunei melalui talian kecemasan polis 993 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. PPDB juga menucapkan terima kasih kewaspadaan dan kerjasama warganegara tersebut.



Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​


Attachments