Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

OPERASI SERBUAN KE ATAS KEGIATAN PERJUDIAN

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin 18 September - Satu serbuan mengejut yang dikendalikan oleh pegawai dan keanggotaan daripada Unit Siasatan Penumpasan Perjudian & Pencegahan Maksiat (USPPPM) yang dibantu oleh Unit Siasatan Pecah Rumah & Curi Kereta dan Bahagian Jenayah Perdagangan, Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis Diraja Brunei PPDB. 

Telah bertindak atas maklumat daripada orang ramai, menjalankan serbuan di kawasan Pasar Gadong di bangku nombor 67 dan berjaya menahan 4 orang suspek lelaki warga tempatan berumur di antara 17 tahun ke 53 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan perjudian. 

Hasil perisikan dan pemantauan adalah jenis permainan judi katam-katam. Perjudian dimainkan bukan secara tradisional yang memerlukan kain judi, dadu dan sebagainya. Malah menggunakan aplikasi bernama 'Real Fish Prawn Crab' di dalam telefon bimbit. 

4 orang suspek ditahan beserta semua barang-barang bukti dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Gadong, bagi menjalani siasatan lanjut. Kesemua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah-Rumah Perjudian terbuka Penggal 28. 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan sentiasa membuat pemantauan dan risikan serta akan mengambil tindakan pada setiap kegiatan-kegiatan jenayah yang menyalahi undang-undang di negara ini. Juga Pihak Polis ingin menyarankan kepada orang ramai agar dapat memberikan apa jua jenis maklumat dengan mengongsikan ke talian kecemasan 993 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.



Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​


Attachments