Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MAJLIS PEMBUKAAN DIKIR SYARAFIL ANAM SEMPENA MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W. PPDB

​BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 16 September - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengadakan Majlis Pembukaan Dikir Syarafil Anam sempena Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1445 Hijrah. 

Hadir bagi sama-sama menyemarakkan majlis tersebut selaku tetamu kehormat, Pesuruhjaya Polis, PPDB, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali. 

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin; Timbalan Penguasa Polis Muhammad Aimi Safwan bin Zalidin selaku Pengerusi Badan Ugama Islam (BUI) PPDB; pengarah-pengarah jabatan; pegawai-pegawai kanan; para pegawai dan anggota pangkat rendah PPDB. 

Majlis didahului dengan Solat Fardhu Maghrib Berjemaah, seterusnya diikuti dengan bacaan Dikir beramai-ramai dan diakhiri dengan Dikir Marhaban daripada Kumpulan Dikir PPDB dan Jemaah Surau Polis Gadong. 

Majlis Dikir Maulud ini merupakan aktiviti keagamaan yang dikendalikan setiap tahun oleh BUI PPDB bertujuan untuk menyemarakkan lagi Sambutan Memperingati Hari Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.



Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​


Attachments