Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MAJLIS RAMAH MESRA DAN SANTAP PETANG

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 13 September - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Komandan Polis Wanita, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra dan Santap Petang anjuran Polis Wanita Pasukan Polis Diraja Brunei.

Keberangkatan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna di Dewan Bankuet Mes, lbu Pejabat Polis Gadong dijunjung oleh Penolong Pesuruhjaya Polis, ACP Dayang Masni binti Haji Jamil selaku Pengerusi Majlis dan Ahli-Ahli Jawatankuasa majlis berkenaan. 

Majlis Santap Petang itu merupakan suatu penghargaan ke hadapan majlis Yang Teramat Mulia selaku Komandan Polis Wanita, dari Polis Wanita, Pasukan Polis Diraja Brunei. Seramai 250 anggota Polis Wanita termasuk pegawai, jemputan-jemputan khas, anggota pangkat rendah serta kakitangan awam PPDB menghadiri majlis berkenaan. 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Yang Teramat Mulia berkenan menerima junjung ziarah daripada para jemputan khas dan pegawai serta anggota Polis Wanita dan kakitangan awam PPDB.



Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​


Attachments