Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

RAIKAN BAKAL JEMAAH HAJI PPDB 1444 / 2023

GADONG, Sabtu 1 Jun - Bagi memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar bakal jemaah haji sentiasa mendapat syafaat, perlindungan, keselamatan dan dipermudahkan segala urusan serta beroleh haji yang mabrur, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Badan Ugama Islam (BUI) telah mengadakan Majlis Doa Selamat Bagi Bakal Jemaah Haji PPDB Tahun 1444/2023 di Surau Polis Gadong PPDB. 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Pesuruhjaya Polis PPDB, Yang Mulia Dato Paduka Seri Awang Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali. 

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin, Timbalan Penguasa Polis Yang Mulia Aimi Safwan bin Zalidin selaku Timbalan Pengerusi 1 BUI, para pengarah dan timbalan pengarah jabatan, ketua-ketua formasi, pegawai-pegawai pemerintah, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan anggota serta warga kakitangan awam PPDB. 

Seramai 2 anggota dan seorang kakitangan awam bakal jemaah haji PPDB telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Imam Surau Polis Gadong, Yang Mulia APO Staf Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar diikuti dengan penyerahan sumbangan kepada bakal jemaah haji yang diraikan serta diakhiri dengan bacaan doa selamat.




Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​


Attachments