Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

SERBUAN KEGIATAN PERJUDIAN

BRUNEI MUARA, Rabu 24 Mei - Tiga (3) orang individu melibatkan warganegara tempatan ditahan pihak polis kerana terlibat dengan kegiatan perjudian di sebuah rumah kediaman di kawasan Batu Bersurat pada 24 Mei 2023 sekitar jam 9 pagi. 

Serbuan ke atas perjudian tersebut telah dijalankan oleh keanggotaan daripada Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei. 

Semasa serbuan dijalankan telah menyaksikan beberapa orang suspek dipercayai lelaki dan wanita cuba untuk melarikan diri bila mana keanggotaan unit berkenaan berhasil meluru masuk ke dalam rumah berkenaan. 

Kesemua suspek serta barang rampasan dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah bagi menjalani siasatan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka Penggal 28. 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) menegaskan bahawa kegiatan judi adalah merupakan racun masyarakat yang perlu dibendung dengan sewajarnya. Implikasi terhadap kegiatan ini akan sahaja merangsang kepada pengaruh yang sangat negatif sehingga boleh merosakkan institusi masa depan diri sendiri mahupun kehidupan berkeluarga.




Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​


Attachments