Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

SAMBUTAN HARI RAYA PASUKAN KADET POLIS DIRAJA BRUNEI

GADONG, Ahad 14 Mei - Pasukan Polis Kadet (PKP) telah menganjurkan Sambutan Hari Raya yang telah diadakan pada 14 Mei 2023 bertempat di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei. 

Majlis dihadiri oleh Yang Mulia Dato Paduka Seri Awang Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali, Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei selaku Tetamu Kehormat. 

Turut hadir Yang Mulia Penguasa Kanan Polis (Snr. Supt) Haji Mohd Noor bin Hj Abd Rahman, Komandan Pusat Latihan Polis Gadong, Ahli Jawatankuasa Guru-Guru Pengawas Pasukan Kadet Polis serta wakil-wakil daripada Ketua Unit Beruniform Jabatan Pendidikan Korikulum Kementerian Pendidikan, Jabatan Pengajian Islam, IPT, UNISSA, KUPUSB, IBTE, pengetua-pengetua Sekolah Menengah dan juga daripada Mahad Islam Brunei. 

Majlis sambutan itu dimeriahkan dengan persembahan lagu-lagu raya yang dipersembahkan oleh sekolah-sekolah berkenaan. 

Majlis tersebut diharap dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara Pasukan Kadet Polis dan guru-guru sekolah berkenaan.



Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​



Attachments