Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

32 KESALAHAN LALULINTAS DIAMBIL TINDAKAN

TUTONG, Selasa 21 Mac – Sejumlah kesalahan melibatkan pelanggaran akta lalulintas telah dikeluarkan oleh agensi-agensi penguatkuasa undang-undang negara ini hasil daripada operasi sekatan jalanraya yang dijalankan pada 21 Mac 2023 bertempat di kawasan KM 49.5 Jalan Lebuhraya Tutong/Telisai hala Telisai. 

Operasi berkenaan telah melibatkan pegawai dan keanggotaan daripada Balai Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan juga daripada Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. 

Daripada operasi tersebut, sejumlah 874 buah kenderaan telah dibuat pemeriksaan dan berhasil mengeluarkan sebanyak 32 kesalahan melibatkan pelanggaran akta. 

PPDB : Sejumlah 20 kesalahan kompaun polis telah dikeluarkan atas kesalahan mengubah suai kenderaan dari asal, tayar nampak benang, memasang tabir atau pelekat plastik filem, memandu kenderaan yang tidak layak dari keselamatannya dan menggunakan kenderaan persendirian untuk tujuan perniagaan tanpa permit yang sah. 

JPD : Sementara itu 12 kesalahan turut dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) atas kesalahan lesen kenderaan mansuh atau cukai jalan mansuh, alat amaran had kelajuan SWD tidak berfungsi atau mansuh, tidak mempunyai lesen memandu yang sah atau lesen memandu mansuh, memandu kenderaan yang tidak layak dari keselamatannya, tidak membawa sijil kelayakan kenderaan dan kenderaan membawa lebih muatan. 

Pasukan Polis Diraja Brunei berserta agensi penguatkuasa yang lain akan sentiasa menjalankan operasi seperti ini dalam tujuan meningkatkan kesedaran orang ramai dan kepentingan mematuhi segala peraturan lalulintas di negara ini.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​


Attachments