Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

CERAMAH ISRA’ MI’RAJ PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

GADONG, Khamis 2 Mac - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) petang tadi telah mengadakan majlis ceramah bersempena memperingati Peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang diadakan di Surau Polis Gadong, Pasukan Polis Diraja Brunei. 

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali, Pesuruhjaya Polis Pasukan Polis Diraja Brunei. 

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin berserta Para Pengarah, Timbalan Pengarah, Para Pegawai Pemerintah Daerah Polis, Ketua-Ketua Formasi, Pegawai-Pegawai Kanan, anggota serta kakitangan PPDB. 

Majlis dimulakan dengan ceramah ugama yang disampaikan oleh Yang Mulia Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustapa, Pegawai Perkembangan Ugama Ketua Unit Ceramah, Bahagian Penyebaran Dakwah, Kementerian Hal Ehwal Ugama yang bertajuk “Keagungan Peristiwa Isra’ dan Mi’raj” 

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat dan seterusnya diteruskan dengan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah. 

Majlis Ceramah Sambutan Isra’ dan Mi’raj ini dikelolakan oleh Badan Ugama Islam (BUI), Pasukan Polis Diraja Brunei.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​


Attachments