Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI PUJA USIA DPMM

GADONG, Khamis 16 Feb - Bersempena Hari Puja Usia Ke-49 Tahun Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran serta Solat Hajat bertempat di Surau Polis Gadong,Pasukan Polis Diraja Brunei pada 16 Februari 2023. 

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan Bin Haji Hambali, Pesuruhjaya Polis Pasukan Polis Diraja Brunei. 

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Sulaiman bin Alidin serta Para Pengarah, Timbalan Pengarah, Para Pegawai Pemerintah Daerah Polis, Ketua-Ketua Formasi, Pegawai-Pegawai Kanan, anggota serta kakitangan PPDB. 

Majlis yang dikendalikan oleh Badan Ugama Islam (BUI) PPDB ini dimulakan dengan bacaan Surah Yassin, tahlil dan seterusnya doa kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia yang telah dipimpin oleh Imam Surau Polis Gadong, APO Staf Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar dan diakhiri dengan solat Asar berjemaah.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​


Attachments