Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

SUSPEK JENAYAH ROMPAK DIBERKAS

BERAKAS, Selasa 10 Jan - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berhasil menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat berhubung aduan satu kes jenayah rompak menggunakan senjata yang berlaku di sebuah kedai runcit, Jalan Pasir Berakas, Kg Lambak, Daerah Brunei Muara. 

Dalam kejadian yang berlaku pada sekitar waktu petang 09 Januari 2023 itu, seorang warga asing yang merupakan jurujual di kedai runcit tersebut telah menjadi mangsa kes rompakan, di mana suspek dipercayai telah menggunakan sebatang tukul yang digunakan sebagai senjata untuk mengertak mangsa. 

Berikutan dengan keadaan tersebut, mangsa yang berada dalam keadaan takut akan keselamatan dirinya dengan terpaksa telah menurut permintaan suspek untuk menyerahkan kesemua wang ada ada di dalam mesin juruwang kedai. 

Sejurus memperolehi kesemua wang tersebut, suspek lalu bertindak melarikan diri menggunakan kenderaan suspek yang diletakkan di luar kedai. Pihak Polis melalui Balai Polis Berakas kemudiannya segera dihubungi bagi menjalankan siasatan awal. 

Berikutan dengan laporan kejadian tersebut, Daerah Polis Daerah Brunei Muara telah mengerahkan keanggotaan detektif dan pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan dan telah berjaya membuat penahanan ke atas suspek pada hari yang sama kejadian berlaku. 

Suspek adalah seorang lelaki warganegara tempatan berumur 27 tahun dan kes ini masih lagi dalam siasatan pihak PPDB. 

Dalam pada itu, pihak polis juga telah berjaya menemukan beberapa barang-barang bukti bagi membantu penyiasatan dan pendakwaan kes ini. 

Kes ini disiasat dibawah seksyen 392 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu rompak, Jika sabit kesalahan akan membawa penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 30 tahun dan disebat tidak kurang dari 12 kali sebatan. 

Di kesempatan ini, Pasukan Polis Diraja Brunei juga ingin menasihatkan kepada semua pemilik-pemilik premis perniagaan supaya akan dapat memasang sebarang alat-alat keselamatan seperti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat-tempat yang bersesuaian bagi tujuan keselamatan dan pengesanan.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​


Attachments