Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MAJLIS KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI-PEGAWAI PPDB

GADONG, Khamis 5 Jan - Pada Menjunjung Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai lapan belas (18) orang pegawai polis telah dinaikkan pangkat yang berkuatkuasa bermula pada 4 Januari 2023. 

Majlis yang diadakan di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) itu telah dihadiri oleh Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali bersama Pengiran Datin. 

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin bersama Datin, pengarah-pengarah dan timbalan pengarah jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan ahli keluarga pegawai yang diraikan. 

Pegawai-pegawai PPBD itu terdiri dari seorang pegawai dinaikkan pangkat ke Penguasa Kanan Polis (Senior Superintendent of Police), seorang pegawai dinaikkan pangkat ke Penguasa Polis (Superintendent of Police), seorang pegawai dinaikkan pangkat ke Timbalan Penguasa Polis (Deputy Superintendent of Police), sepuluh (10) orang pegawai dinaikkan pangkat ke Pemangku Timbalan Penguasa Polis (Acting Deputy Superintendent of Police), dua (2) orang pegawai dinaikkan pangkat ke Penolong Penguasa Polis (Assistant Superintendent of Police), seorang pegawai dinaikkan pangkat ke Ketua Inspektor Polis (Chief Inspector of Police) dan dua (2) orang pegawai dinaikkan ke pangkat Inspektor Kanan Polis (Senior Inspector of Police). 

Majlis kemudiannya diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Surau Polis Gadong. 



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​


Attachments