Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

TAMAN DIDIKAN ANAK-ANAK POLIS DIRAJA BRUNEI RAIKAN MURID CEMERLANG

GADONG, Rabu 30 Nov - Murid-murid Taman Didikan Anak-Anak Pasukan Polis Diraja Brunei yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun diraikan dengan Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Akademik Terbaik dan Cemerlang bagi tahun 2022 yang berlangsung di Dewan Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Gadong pada 30 November 2022. 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah isteri Pesuruhjaya Polis Pasukan Polis Diraja Brunei, Yang Mulia Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman selaku Yang Dipertua Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI). 

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Datin Sabrina Aziemah binti Abdullah Chong, Isteri kepada Timbalan Pesuruhjaya Polis selaku Pengerusi PEKERTI.

Majlis telah menyaksikan penyampaian 35 sijil kepujian beserta hadiah kepada murid-murid yang telah meraih keputusan cemerlang. Manakala, 43 murid lagi menerima sijil penghargaan kerana telah menamatkan sesi persekolahan bagi tahun 2022. 

 Majlis tersebut diserikan dengan persembahan-persembahan tarian dan nyanyian yang ditampilkan oleh murid-murid KG 1 dan KG 2 dan diakhiri dengan bacaan Selawat Tafrijiyah.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​



Attachments