Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

SUKAN TAHUNAN SENEGARA PASUKAN KADET POLIS PPDB 2022

GADONG, Isnin 14 Nov - Pasukan Polis Kadet (PKP) telah menganjurkan Acara Kejohanan Sukan Tahunan Pasukan Kadet Polis Senegara 2022 yang telah diadakan pada 13 November 2022 bertempat di Stadium Hassanal Bolkiah Polis Gadong. 

Acara kejohanan berkenaan melibatkan seramai 24 orang guru kadet dan 165 orang kadet polis daripada pelbagai sekolah, institusi serta maktab di seluruh negara yang telah dipimpin oleh Pemangku Pegawai Menguasa Pasukan Kadet Pasukan Polis Diraja Brunei, Yang Mulia Ketua Inspektor Polis (C.Insp) Ibrahim bin Haji Saili. 

Hadir selaku tetamu kehormat, Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali, Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei. 

Turut hadir Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin, Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, Yang Mulia Awang Mohammad Zulhilmi bin Haji Omar Ali, Pengarah Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan, Yang Mulia Awang Mohd Norilham bin Haji Jais, Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Kesihatan. 

Acara berkenaan dipengerusikan oleh Yang Mulia Penguasa Kanan Polis (Snr. Supt) Haji Mohd Noor bin Hj Abd Rahman, Komandan Pusat Latihan Polis Gadong serta dihadiri daripada wakil-wakil daripada UNISSA, KUPUSB, IBTE, pengetua-pengetua Sekolah Menengah dan juga daripada Mahad Islam Brunei. 

Acara sukan padang dan belapan dalam kejohanan tersebut dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Rumah Digadong, Rumah Pemancha, Rumah Bendahara dan Rumah Temenggong. 

Kejohanan tersebut dijuarai oleh kumpulan Rumah Pemancha dengan jumlah kutipan kemenangan sebanyak 14 pingat. Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Rumah Temenggong, manakala bagi tempat ketiga adalah dari kumpulan Rumah Bendahara dan tempat keempat kumpulan Rumah Digadong. 

Acara kemudian diikuti dengan acara sukan tarik kalat yang telah dimenangi oleh pasukan guru-guru kadet polis dan jemputan. Acara tersebut diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada pemenang dan ahli-ahli yang terlibat. 



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​


Attachments