Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

KEGIATAN JUDI 4D TERBONGKAR

SERIA, Selasa 9 Nov - Berikutan perkongsian maklumat daripada orang ramai, keanggotaan detektif, Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berhasil menahan seorang individu (suspek) kerana disyaki terlibat dengan kegiatan mengutip nombor perjudian 4D Loteri pada 9 November 2022. 

Semasa serbuan yang dijalankan bertempat di kawasan Jalan Raja Sari, Seria, Daerah Belait itu telah menahan seorang suspek penduduk tetap berumur 58 tahun kerana dipercayai ada terlibat menjalankan kegiatan mengutip slip taruhan perjudian 4D daripada pembeli-pembeli loteri di kawasan berkenaan. 

Pihak Polis juga telah merampas beberapa keratan kertas yang tertulis nombor-nombor yang dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian 4D. Suspek berserta kesemua bahan bukti kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Polis Belait bagi siasatan lanjut. 


Kes disiasat di bawah Seksyen 4 (C) Akta Rumah Judi Terbuka Penggal 28. 

Pasukan Polis Diraja Brunei mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas maklumat dengan kegiatan tersebut dan menyarankan kepada orang ramai untuk mengongsikan maklumat apa saja kegiatan-kegiatan yang mencurigakan kepada pihak Polis atau ke talian kecemasan Polis 993. 




Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​


Attachments