Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

LATIHAN EKSESAIS SOLAR WIND V

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa 9 Nov – Kerjasama antara Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Pasukan Polis Singapura diteruskan lagi dengan pengendalian satu siri latihan eksesais penyiasatan pasca letupan “5th Live Blast and Post Blast Investigation Training Exercise Solar Wind V Brunei Darussalam” yang bermula pada 7 November 2022 sehingga 9 November 2022. 

Latihan yang dikendalikan ini berlangsung selama 3 hari dan ianya merupakan edisi kali ke lima sejak penubuhan latihan bersama sejak tahun 2014. 

Pada tahun ini (2022), sejumlah pegawai dan anggota dari PPDB dan Pasukan Polis Singapura telah terlibat ikut serta di mana latihan adalah menjurus kepada tatacara siasatan melibatkan kejadian ledakan bahan letupan dan pengendalian secara terperinci bagi mengetahui punca sebenar sesuatu kejadian.  

Hadir bagi menyaksikan latihan eksesais ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin beserta Timbalan Pesuruhjaya Polis (Siasatan dan Perisikan) dan juga selaku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis Singapura, Yang Mulia DC How Kwang Hwee yang dikendalikan di kawasan Padang Tembak Binturan, Tutong. 

Turut hadir semasa eksesais tersebut ialah Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Haji Azree bin Haji Manaf selaku Pengarah Siasatan Jenayah, PPDB beserta pegawai-pegawai kanan dan keanggotaan daripada PPDB serta daripada Pasukan Polis Singapura.  

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengucapkan penghargaan kepada Pasukan Polis Singapura atas sokongan berterusan yang diberikan selama ini dengan jalinan kerjasama yang kukuh dalam meningkatkan keupayaan, menajamkan kemahiran penyiasatan serta memperkuat hubungan di antara kedua-dua pasukan polis.  



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​


Attachments