Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MAJLIS DIKIR SYARAFIL ANAM SEMPENA MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W PPDB

BRUNEI MUARA, Isnin 26 Sep - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Majlis Pembukaan Dikir Syarafil Anam Sempena Maulud Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wassalam bagi Tahun 1444 Hijrah pada 26 September 2022 sekitar jam 6.15 petang. 

Hadir bagi sama-sama menyemarakkan Majlis tersebut selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali beserta Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman selaku Yang Dipertua Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI). 

Juga hadir, Yang Mulia Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin beserta Datin, Superintendent Mohamad Amirruddin bin Haji Tunjang selaku Pengerusi Badan Ugama Islam (BUI) PPDB, Pengarah-Pengarah Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Para Pegawai dan anggota pangkat rendah PPDB beserta ahli PEKERTI. 

Majlis didahului dengan Solat Fardhu Maghrib Berjemaah dan seterusnya diikuti dengan bacaan dikir beramai-ramai serta diakhiri dengan Dikir Marhaban. 

Majlis Dikir Maulud ini merupakan aktiviti keagamaan yang dikendalikan setiap tahun oleh Badan Ugama Islam (BUI) PPDB dengan tujuan untuk menyemarakkan lagi sambutan memperingati Hari Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​

Attachments