Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

PERBUATAN TIDAK BERASAS PELANGGAN TULAR

BELAIT, Jumaat 23 Sep - Balai Polis Kuala Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) sedang menjalankan siasatan berhubung video tular yang memaparkan beberapa orang individu melakukan perbuatan yang tidak berasas semasa berada di dalam sebuah kedai pasaraya di kawasan Pandan 7, Kuala Belait pada 22 September 2022. 

Menerusi 2 sesi rakaman video tersebut, kelihatan 4 orang individu (suspek) telah membuat rakaman mereka sendiri dengan melakukan perbuatan mengambil dan membuka botol minuman yang berada di ruangan penjualan minuman lalu meminumnya dan kemudian meletakkannya kembali. 

Siasatan kemudian dijalankan dan telah berhasil membuat penahanan ke atas kesemua suspek bagi membantu pihak polis menjelaskan serta membuat siasatan lanjut terhadap insiden di sebalik perbuatan suspek di tempat berkenaan. 

Kes ini disiasat di bawah seksyen 35 Akta Ketenteraman Awam Penggal 148 iaitu Menyiarkan maklumat palsu yang mana menimbulkan kebimbangan dan kekacauan orang ramai. 

PPDB akan sentiasa berusaha dalam menjalankan pemantauan, menjejak dan mengesan sebarang kegiatan-kegiatan yang bersalahan di samping membuat penangkapan ke atas penjenayah-penjenayah yang berhasrat untuk mengganggu ketenteraman dan kesejahteraan di negara ini.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​


Attachments