Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

KEGIATAN TIDAK BERMORAL TERBONGKAR

BRUNEI MUARA, Isnin 19 Sep - Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menjalankan dua serbuan secara berasingan dan seterusnya membuat penahanan ke atas dua (2) orang wanita (suspek) yang dipercayai melibatkan diri dengan kegiatan tidak bermoral. 

Serbuan pada 19 September 2022 itu dijalankan pada sekitar waktu awal malam di mana serbuan pertama mensasarkan ke salah sebuah bilik penginapan di kawasan Batu Satu, Bandar Seri Begawan dan berjaya menahan seorang wanita warganegara asing berumur 31 tahun. 

Manakala serbuan kedua dijalankan ke sebuah bilik penginapan di kawasan Jalan Batu Bersurat, Kg Pengkalan Gadong dan turut menahan seorang wanita warganegara asing berumur 32 tahun. 

Pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian turut menemukan bahan-bahan bukti seperti beberapa telefon bimbit, sejumlah wang tunai, minyak pelincir serta beberapa kepingan kondom di lokasi kejadian dipercayai untuk tujuan aktiviti tidak bermoral. 

Kedua-dua suspek kemudiannya dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah bagi dijalankan siasatan lanjut. 

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 294A Kesalahan Menawarkan Khidmat Seks, Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22. 

Pihak polis ingin menyarankan kepada orang ramai agar sentias bekerjasama dan memberikan apa jua jenis maklumat dengan mengongsikan ke talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan serta boleh disalurkan melalui e-mel laman sesawang PPDB www.police.gov.bn ataupun Instagram @upa.ppdb.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​


Attachments