Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

INDIVIDU DITAHAN BAWA BARANGAN TIDAK DIISYTIHAR

MUARA, Rabu 14 Sep - Tugasan teras penguatkuasaan pihak polis sentiasa dijalankan dengan sepenuhnya meliputi segala aspek pengesanan, pembendungan serta pencegahan terhadap kegiatan-kegiatan yang berbaur jenayah di negara ini. 

Semalam, 13 September 2022, Polis Marin, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berjaya membuat penahanan ke atas seorang pemandu perahu dipercayai membawa barang-barang tegahan yang tidak diisytiharkan di negara ini di kawasan perairan Jambatan SHOAS, Daerah Brunei Muara. 

Pemeriksaan pengenalan diri dan perahu dilaksanakan dan mendapati pelbagai barang-barangan berupa 12 bungkusan kotak ayam serta 2 bungkusan kotak ikan dalam keadaan beku dan mentah. 

Suspek merupakan lelaki warganegara asing yang berumur 36 tahun diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bersama barang rampasan bagi siasatan lanjut. 

PPDB menyeru dan menegaskan kepada orang ramai agar tidak terlibat ataupun bersubahat dengan mana-mana kegiatan ataupun anasir-anasir jenayah kerana kesannya akan membawa kepada tindakan undang-undang yang sewajarnya di hadapan muka pengadilan. 



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​


Attachments