Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

OPERASI SEPADU SEKATAN JALANRAYA DAERAH TUTONG

TUTONG, Selasa 13 Sep - Satu operasi sepadu sekatan jalanraya telah dikendalikan semalam 13 September 2022 bertempat di kawasan Jalan Bukit Barun, Kg Lamunin. Daerah Tutong. 

Operasi tersebut itu telah melibatkan pegawai dan keanggotaan dari Daerah Polis Tutong, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja serta Biro Kawalan Narkotik. 

Operasi yang bermula pada jam 8 malam itu diketuai oleh Pegawai Lalulintas Daerah Polis Tutong, Penolong Penguasa Polis (ASP) Ivy Han. 

Berikutan daripada operasi berkenaan, pihak polis telah mengeluarkan sejumlah 8 kesalahan kompaun yang melibatkan kesalahan-kesalahan seperti memasang pelekat plastik filem / tabir, kenderaan tayar nampak benang dan memandu kenderaan yang tidak layak dari segi keselamatan. 

Manakala, penahanan turut dibuat terhadap 2 orang lelaki warganegara tempatan atas penemuan 2 paket rokok dan juga rokok elektronik pelbagai jenama. 

Melalui penemuan berkenaan, kesemua suspek dan barang rampasan telah diserahkan ke pihak JKED dan bagi siasatan dan tindakan lanjut. 

Diharapkan dengan operasi-operasi yang kerap dijalankan ini akan memberikan panduan dan kesedaran akan kepentingan mematuhi peraturan undang-undang di Negara Brunei Darussalam. 

Dalam pada itu juga, turut diterapkan kepada anggota-anggota yang bertugas untuk mengamalkan sifat sopan, berhemah dan berdisiplin semasa operasi dijalankan bagi tujuan pendekatan, interaksi dan mewujudkan kepercayaan masyarakat awam dalam usaha berganding bahu membendung dan mencegah jenayah secara lebih efektif di negara ini.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​


Attachments