Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

PPDB RAIKAN SAUDARA BARU

GADONG, Jumaat 9 Sep - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Badan Ugama Islam (BUI) PPDB telah mengadakan satu majlis pengislaman bagi meraikan saudara baru iaitu Lans Koperal 6174 Rudyman Anak Thomas yang telah berlangsung di Surau Polis Gadong pada petang 9 September 2022. 

Majlis dihadiri oleh Pengarah Pentadbiran Am dan Kewangan PPDB, Yang Awang Mohammad Zulhilmi bin Haji Omarali selaku tetamu kehormat. 

Turut hadir ialah Pmk Ketua Bhg Pengembangan Da'wah, Pusat Da'wah Islamiah, Pg Hj Jufri b. Pg Hj Hidop. 

Terdahulu, acara dimulakan dengan majlis pengislaman yang dikendalikan oleh pegawai petugas daripada PDI. 

Awang Rudyman Anak Thomas kini dikenali dengan nama islamnya Mohammad Mirza Luqman bin Abdullah Thomas dengan melafazkan dua kalimah syahadah dan berhasrat untuk mendalami lagi ugama islam selalu pegangan hidup beliau. 

Penyampaian cenderahati disampaikan oleh tetamu kehormat dan diraikan dengan Dikir Marhaban. 

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat. Majlis turut dihadiri oleh pegawai-pegawai PPDB dan PDI serta ahli-ahli keluarga saudara baru yang diraikan.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​


Attachments