Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MAJLIS KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

GADONG, Khamis 4 Ogos - Pada Menjunjung Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai enam (6) orang pegawai polis telah dinaikkan pangkat yang berkuatkuasa bermula pada 3 Ogos 2022. 

Majlis yang diadakan di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) itu telah dihadiri oleh Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali. 

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin bersama Datin, pengarah-pengarah dan timbalan pengarah jabatan, pegawai-pegawai kanan dan ahli keluarga pegawai yang diraikan. 

Pegawai-pegawai PPBD itu terdiri dari empat orang pegawai dinaikkan pangkat ke Penolong Penguasa Polis (Assistant Superintendent of Police) dan dua orang pegawai lagi dinaikkan pangkat ke Ketua Inspektor Polis (Chief Inspector of Police). 

Majlis kemudiannya diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh APO Staf Sarjan 6472 Mohd Yusri bin Haji Abu Bakar, Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments