Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

KEMALANGAN 2 BUAH KENDERAAN DAN MELIBATKAN KEMATIAN

BELAIT, Sabtu 30 Julai - Balai Polis Kuala Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengesahkan berlakunya kejadian kemalangan melibatkan dua (2) buah kenderaan yang telah meragut nyawa seorang lelaki semalam. 

Insiden berkenaan berlaku pada 30 Julai 2022 sekitar jam 3.10 pagi bertempat di kawasan Jalan Setia Diraja, Kuala Belait, Daerah Belait.

Mangsa yang maut ialah penumpang iaitu seorang lelaki warganegara tempatan berumur 42 tahun. Siasatan awal juga mendapati semasa insiden berlaku dipercayai kenderaan yang ditumpangi mangsa telah dirempuh oleh sebuah kenderaan (suspek) dari bahagian depan lalu mengakibatkan insiden kemalangan berlaku. 

Mangsa yang maut disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik bertugas dan kemudiannya dibawa ke Rumah Sakit Suri Seri Begawan (SSB), Kuala Belait bagi siasatan lanjut. 

Di samping itu, dua mangsa lain beserta suspek turut mendapat kecederaan dan ketika ini sedang dirawat di rumah sakit SSB, Kuala Belait. Pihak Polis masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan. 

Di kesempatan ini, PPDB menegaskan kepada orang ramai terutama pengguna-pengguna jalanraya untuk tidak sekali-kali memandu dalam keadaan dipengaruhi dengan ubat-ubatan atau pengaruh alkohol atau sebagainya kerana boleh mendatangkan mengantuk dan kelalaian yang boleh sahaja mengakibatkan kemalangan berlaku. 



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments