Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
18.07.18 Seorang lagi wanita asing diberkas

BRUNEI MUARA, Rabu 18 Julai - Seorang wanita warganegara asing telah diberkas dalam satu serbuan Pihak Polis dari Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei petang tadi di salah sebuah hotel di kawasan Berakas kerana dipercayai terlibat menjalankan kegiatan yang tidak bermoral.

Semasa serbuan tersebut Pihak Polis telah mendapati beberapa barang bukti seperti wang tunai, minyak pelincir dan beberapa keping kondom di lokasi kejadian dipercayai bertujuan untuk menjalankn aktiviti tidak bermoral tersebut.

Pham Thi Duc Hanh warganegara Vietnam berumur 35 tahun telah berada di negara ini lebih kurang 3 minggu dengan menggunakan pas pelawat. Suspek dan semua barang bukti dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk siasatan lanjut.



Kes disiasat di bawah Seksyen 294A Kesalahan Menawarkan Khidmat Seks, Kanun Hukuman jenayah Penggal 22.

Orang ramai sekali lagi ditekankan bahawa kegiatan yang tidak bermoral atau menawarkan khimat seks adalah menjadi kesalahan undang-undang di negara ini.

Dalam pada itu, jika sesiapa mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan atau aktiviti sedemikian untuk segera mengongsikan dan melaporkan ke talian kecemasan Pasukan Polis Diraja Brunei 993 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan
Attachments