Satu laporan telah pun dibuat di Balai Polis Sungai Liang untuk membantu aduan mengenai seorang lelaki keluar dari rumah. Butir-butir keterangan mengenainya adalah seperti yang tercatit.
Jika sesiapa terdapat sebarang maklumat mengenainya sila hubungi ke Balai Polis Sungai Liang melalui talian telefon 3230250 atau talian kecemasan 993 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.
Kerjasama serta bantuan orang ramai sangat-sangat diharapkan. Di atas kerjasama yang diberikan, Pasukan Polis Diraja Brunei tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih.