Satu laporan telah pun dibuat di Balai Polis Kuala Belait untuk membantu aduan mengenai seorang pekerja asing warganegara Filipina telah hilang dipercayai melarikan diri. Butir-butir keterangan mengenainya adalah seperti yang tercatit.
Jika sesiapa terdapat sebarang maklumat mengenainya sila hubungi ke Balai Polis Kuala Belait melalui talian telefon 3334325 atau Talian Kecemasan 993 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.
Kerjasama serta bantuan orang ramai sangat-sangat diharapkan. Di atas kerjasama yang diberikan, Pasukan Polis Diraja Brunei tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih.