Maklumat dan Tip Keselamatan
1. Langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan media sosial seperti Facebook?
- Jangan berikan password kepada sesiapa & selalu ditukar.
- Simpan maklumat persendirian secara peribadi (private).
- Pastikan mana-mana akaun seperti Facebook dibuat “Private”.
- Cuma terima “friend requests” dari orang yang anda kenali & “Add friends” orang yang benar anda kenali.
- Jangan memaparkan apa-apa “post” yang anda tidak mahu ibu-bapa anda atau cikgu anda tahu atau melihatnya.
- Belajar mengenai privacy settings.
- Tutup chat atau keluar chatroom sebaik sahaja anda tidak berasa selesa dengan perbualan tersebut.
- Katakan “Tidak” dengan tegas jika seseorang mengajak anda untuk berjumpa walaupun seseorang itu anda kenal melalui chat agak lama.
- Maklumkan ibu-bapa, kakak/abang atau cikgu jika sesuatu telah terjadi.
- Gunakan nickname yang tidak menunjukkan nama sebenar, jantina atau umur anda.
- Menghantar gambar atau video hanya kepada orang yang anda kenali.
- Pastikan telefon bimbit tidak diletakkan ditempat yang boleh diambil orang.
- Meminta kebenaran dari ibu-bapa sebelum memberikan maklumat peribadi anda seperti alamat rumah, nombor telefon, nombor akaun.
2. Bagaimana pindaan baru Dharar Syarie boleh membantu anda?
Anda boleh membuat aduan kepada:-
1. Pihak Polis (Talian 993 atau Balai Polis berdekatan)
2. Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM); atau
3. Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga
– Anda boleh tinggal di rumah perlindungan (Kompleks Rumah Kebajikan) jika anda tidak berasa selamat di rumah.
– Anda boleh memohon Perintah Perlindungan (PO) dari mahkamah yang akan menghalang pendera tersebut dari memukul anda.
– Anda boleh meminta mahkamah untuk menambah kuasa untuk menangkap kepada perintah tersebut, jika anda khuatir yang pendera akan mencederakan anda lagi.
– Jika anda sedang menjaga seseorang yang didera, ( seperti anak atau orang yang kurang upaya), anda boleh juga memohon Perintah Perlindungan Sementara untuk mereka.
– Jika orang yang melakukan kesalahan itu melanggar perintah tersebut, beliau boleh dihukum oleh mahkamah.
3. Bagaimana anda boleh membantu mangsa keganasan rumahtangga?
- Sebagai seorang kawan, nyatakan kepadanya yang dia bukan keseorangan. Wanita teraniaya sering merasakan bahawa tiada sesiapa untuk mereka mengadukan masalah. Berterus-terang dengannya, nyatakan syak anda dan galakkan mereka supaya meluahkan masalahnya.
- Jadilah “rakan telefon”. Wanita sering terasing dan tidak dibenarkan keluar.
- Membaca dan mengedar risalah serta maklumat kepada mereka. Bincangkan perkara ini dengan orang lain. Anda dapat menolong dengan lebih banyak jika anda mempunyai pengetahuan yang luas mengenai masalah ini.
- Berbincang dengan wanita tersebut tentang pilihan yang boleh diambil dan bantu mereka membuat rancangan yang boleh digunakan sekiranya ada kecemasan.
- Tunjukkan kepercayaan dan sokongan anda tidak kira apa jua keputusannya.
- Berikan dia dan anak-anaknya tempat berehat pada waktu tengahari atau petang ketika waktu ketegangan.
- Menyediakan pengangkutan bagi mereka ke pusat perlindungan atau rumah yang selamat.
- Menolongnya menjaga anak-anaknya semasa beliau berjumpa dengan peguam atau menghadiri perbicaraan, mencari rumah, kerja dan lain-lain.
- Menemani mereka ke perbicaraan di mahkamah dan mengambil nota serta menunjukkan sokongan anda.
- Bantu beliau mencari rumah.
- Bantu beliau memindahkan barang-barang sama ada dari rumahnya atau dari rumah perlindungan ke kediaman barunya.
- Menelefon pihak polis dengan segera sekiranya anda terdengar jiran yang teraniaya / dipukul.
4. Petunjuk mengesan Mangsa Pemerdagangan Manusia?
- Adakah mangsa memiliki pengenalan diri dan dokumen perjalanan (paspot); jika tidak, siapakah yang memegang dokumen-dokumen tersebut?
- Adakah mangsa diajar / dilatih mengenai apa yang harus diberitahu kepada penguatkuasa undang-undang (anggota polis, buruh dan imigresen)?
- Adakah mangsa direkrut / diambil untuk satu tujuan /pekerjaan dan dipaksa untuk membuat kerja yang lain?
- Adakah gaji mangsa dipegang / dipotong tanpa sebab-sebab yang munasabah?
- Adakah mangsa dipaksa untuk melakukan hubungan seks?
- Adakah mangsa mempunyai kebebasan (bergerak)?
- Adakah mangsa atau keluarganya diancam dengan kemudaratan jika mangsa cuba melarikan diri?
- Adakah mangsa diancam dengan tindakan diusir/ dibuang negara atau tindakan penguatkuasaan undang-undang?
- Adakah mangsa dicederakan / didera atau mengalami kekurangan makanan, minuman, tidur, rawatan perubatan atau keperluan hidup yang lain?
- Bolehkan mangsa menghubungi rakan-rakan atau keluarganya pada bila-bila masa?
- Adakah mangsa di bawah umur 18 tahun dan telah terlibat atau berniat untuk melibatkan diri dalam kegiatan seks komersial (pelacuran)?
- Adakah mangsa dibenarkan untuk bergaul atau menghadiri perhimpunan / upacara keagamaan?
5. Safety Rules For Bringing Liquids, Aerosol And Gels In Hand Carried Luggage For Passenger On International Flights.
-
Every liquid, aerosol or gel which are hand-carried must not be above 100ml or 100grm. It must be carried in a visible or transparent plastic bag with the capacity of 1 litre. The plastic bag must be sealed tightly and each passenger is only allowed to carry one plastic bag of the quantity of 1 ltr.
-
You may still carry prescription medicines through the screening point. Baby product and non-prescription medicines that you need for the flight are also allowed. However, proof of need may be required.
- Any liquid, aerosol or gel which are more than 100ml (100grm) is allowed via check-in baggage. Please prepare your plastic bag beforeyou check-in. This will provide you ample time to put any containers that are too big in your check-in baggage instead.
# You may carry liquids by following these simple steps: Before check in:-
- Sort through any liquids, aerosol and gels that you plan to take with you on the flight. If possible, do this before you leave for the airport.
- All liquids, aerosol and gels that you intend to take in your carry-on baggage must be in containers 100ml in volume or smaller. (This is about equal 100gm in weight).
- Any counters larger than 100ml will need to be packed into your check-in baggage or left behind.
- Partially filled containers larger than 100ml will not be accepted.
- Place the containers that you want to take in your carry on baggage into a transparent, re-sealable plastic bag.
- The bag must be on greater than one litre in size, for example 20x20cm or 15x25cm. You can purchase these bags at supermarket or airport retailers.
