BRUNEI MUARA, Khamis 11 Nov 2021 – Dunia global telah sedar dan telahpun beralih tumpuan dalam menangani virus wabak COVID-19 ini daripada situasi pandemik kepada pengurusan penyelesaian endemik. 

Negara juga tidak ketinggalan dalam mengembling usaha untuk tidak membenarkan wabak ini menyelubungi dan mendominasi kehidupan penduduk. Malah, masyarakat awam perlu mempersiapkan diri dalam menghadapi hakikat bahawa berkemungkinan tidak akan kembali ke kehidupan biasa masa lalu, bahkan bakal menyusuri dalam keadaan suasana norma yang baharu. 

Penerapan terhadap langkah kawalan sentiasa dikemaskini, pendekatan yang jitu terhadap operasi penguatkuasaan dijalankan tanpa kompromi dalam memastikan segala usaha yang telah dilaksanakan pihak kerajaan dalam menangani wabak COVID-19 ini tidak menjadi sia-sia. 

Walau bagaimanapun, berikutan daripada operasi penguatkuasa yang dijalankan semalam 10 November 2021, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama agensi penguatkuasa yang terlibat di dalam Operasi Pulih ini telah mencatatkan sebanyak 18 kesalahan pelanggaran yang didapati di seluruh daerah. 

Pelanggaran akta mengikut urutan daerah ; 

15 kesalahan di Daerah Brunei Muara 

3 kesalahan di Daerah Belait 

Menerusi hasil daripada Operasi Pulih ini masih terdapat lagi segelintir individu yang sengaja mengabaikan aspek keselamatan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak kerajaan. Dari itu, operasi ini akan diperketatkan lagi dalam memastikan pematuhan arahan akan dapat diikuti dan ditaati dengan sebaiknya.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI