BRUNEI MUARA, Rabu 10 Nov 2021 – Lengkungan penularan COVID-19 negara telah hampir diamati. Pengurangan dan kelonggaran terhadap langkah-langkah kawalan serta sekatan akan dapat dikecapi sejurus sasaran kadar vaksinasi penduduk negara telah mencapai ke tahap 70 peratus Imuniti kelompok.
Hakikatnya, masyarakat juga perlu menerima kenyataan sekalipun berjaya mengawal pandemik nanti, semua pihak masih lagi dikehendaki untuk mengamalkan budaya norma baharu seperti mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang dirangka oleh pihak kerajaan kerana dipercayai virus berkenaan tidak akan pupus malah tetap ada bersama-sama masyarakat apabila masanya sampai menjadi endemik.
Dalam pada itu, langkah-langkah kawalan yang dijalankan ketika ini melalui Operasi Pulih akan dilanjutkan lagi sehingga 18 November 2021. Operasi kemudian akan dikenali sebagai Operasi Peralihan sejurus memasuki fasa peralihan yang akan bermula pada 19 November 2021 sehingga 30 November 2021, di mana tempoh masa operasi akan dipendekkan dari jam 10 malam sehingga 4 pagi.
Hasil terkini daripada operasi yang dijalankan semalam 9 November 2021 bermula pada jam 8 malam sehingga 4 pagi telah mencatatkan sejumlah 9 pelanggaran arahan didapati dan tindakan denda kompaun telahpun dikeluarkan.
Pelanggaran akta mengikut urutan daerah ;
3 kesalahan di Daerah Brunei Muara
1 kesalahan di Daerah Belait
4 kesalahan di Daerah Tutong
1 kesalahan di Daerah Temburong
Pemberigaan dan pendidikan berterusan mengenai COVID-19 adalah mustahak bagi setiap lapisan masyarakat untuk mengetahui akan pentingnya penilaian dan pengurusan risiko supaya dapat dikesan seawal mungkin dalam meminimunkan risiko dijangkiti mahupun dari menjangkiti orang lain.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
