BRUNEI MUARA, Isnin 8 Nov 2021 – Penularan pandemik wabak COVID-19 yang dialami global perlu dijadikan pengajaran kepada semua pihak agar sentiasa lebih bersedia dan saling bersatu hati dalam menghadapi pelbagai cabaran yang bakal mendatang.
Masing-masing perlu memainkan peranan, sama ada secara individu dan secara kolektif kerana implikasi virus bergantung kepada cara bertindak dan cara menanganinya dengan lebih disiplin dan efisyen.
Sesuai dengan keadaan negara menuju kepada fasa pemulihan, masyarakat awam digesa untuk tidak bersifat ampuh dan longgar dan akan sentiasa utuh dalam menitikberatkan saranan Kementerian Kesihatan dari aspek amalan penjagaan kesihatan, mematuhi arahan-arahan kawalan pergerakan dan kerjasama semua pihak dalam mengikuti garis panduan amalan langkah pencegahan wabak COVID-19.
Menerusi Operasi Pulih yang dijalankan memasuki hari ke 35 semalam 7 November 2021, pihak penguatkuasaan telahpun mencatatkan sebanyak 9 pelanggaran akta ke atas beberapa individu dan telah diambil tindakan denda kompaun.
Pelanggaran akta mengikut urutan daerah ;
7 kesalahan di Daerah Brunei Muara
2 kesalahan di Daerah Belait
Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) selaku teraju dalam penguatkuasaan bersama agensi yang lain menggesa kesemua pihak untuk sentiasa berganding bahu, menggembleng tenaga dengan segala kepakaran yang ada untuk sentiasa mempersiapkan negara dengan daya ketahanan yang tinggi dalam segala aspek.
Sumbangan keyakinan dan kepatuhan masyarakat akan memupukkan lagi strategi dan inisiatif pihak kerajaan dalam mengawal penularan wabak COVID-19 dengan jayanya.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
