BRUNEI MUARA, Isnin 1 Nov 2021 – Saban hari, pendedahan media massa dan media sosial telah banyak menghidangkan masyarakat dengan pelbagai maklumat dan perkembangan terkini mengenai pandemik wabak COVID-19. 

Media juga turut berperanan dalam memberigakan pelbagai bentuk istilah yang jarang digunakan dan diperdengarkan sebelumnya kepada orang ramai seperti penjarakan sosial, pemakaian sungkup muka, perintah kuarantin, pengasingan diri, vaksinasi, ujian saringan serta pematuhan terhadap arahan kerajaan. Kesemuanya ini bukan sahaja menjadi peragaan ayat malah ianya perlulah dihadam dan diadaptasi secara praktikal dalam menjalani arus trend amalan di pasca norma yang baharu ini. 

Melalui media juga telah banyak membantu khalayak ramai untuk bertambah cakna dengan penekanan terhadap pemerkasaan kawalan pemantauan dan keselamatan melalui Operasi Pulih yang telah berkuatkuasa sejak 4 Oktober 2021 yang lalu dengan hasrat untuk membantu kerajaan dalam langkah-langkah pengawalan risiko penularan. 

Semalam 31 Oktober 2021, melalui operasi pulih yang dijalankan bermula pada jam 8 malam sehingga 4 pagi telah mencatatkan sebanyak 12 pelanggaran akta didapati dan telah pun diambil tindakan denda kompaun ke atas mereka. 

Pelanggaran akta mengikut urutan daerah ; 

12 kesalahan di Daerah Brunei Muara

Oleh itu, masyarakat awam di kesemua peringkat perlu mengambil serius saranan yang dikeluarkan pihak kerajaan untuk sentiasa berada di rumah dan tidak keluar tanpa sebarang tujuan semasa Operasi Pulih dilaksanakan. Ini adalah bertujuan bagi memastikan keberkesanan strategi pihak kerajaan untuk mengawal penularan wabak bahaya COVID-19 ini ditangani dengan jayanya.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI