BRUNEI MUARA, Selasa 26 Okt 2021 – Strategi tambahan Pihak Kerajaan melalui perlaksanaan Operasi Pulih ini telah dilanjutkan sehingga 14 November 2021. Operasi ini juga tampak memberikan impak yang positif dan berkesan dalam hala tuju negara membuat persiapan ke arah proses pemulihan yang sangat dihasratkan.
Kearah itu, langkah-langkah pengawalan yang dipelopori oleh kalangan barisan hadapan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa dalam kesiapsiagaan mereka dalam berdepan dengan sebarang cabaran membendung pengawalan wabak COVID-19 daripada berleluasa.
Berikutan daripada hasil pemantauan agensi-agensi penguatkuasaan yang diterajui oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) semalam 25 Oktober 2021, bermula jam 8 malam hingga 4 pagi telah mencatatkan sebanyak 8 kesalahan telah dilakukan dan tindakan denda kompaun telahpun dikeluarkan kepada individu-individu berkenaan yang melibatkan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204.
Pelanggaran akta mengikut urutan daerah ;
6 kesalahan di Daerah Brunei Muara
2 kesalahan di Daerah Belait
Ancaman penularan wabak COVID-19 ini belum lagi reda dan usaha pembendungannya perlu diperhebatkan lagi dengan hasil kerjasama masyarakat awam untuk mematuhi segala perintah dan arahan pihak kerajaan bagi memastikan sistem kesihatan negara berada pada tahap terbaik.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
