BRUNEI MUARA, Jumaat 22 Okt 2021 – Komitmen kerajaan kekal jitu dalam memastikan kesinambungan dan kemampanan negara dalam menghadapi krisis gelombang kedua COVID-19 ini ditangani dengan penuh dedikasi dan berkesan.
Inisiatif-insiatif yang sedang dirancang dan yang telah terlaksana mengambarkan tindak balas kerajaan yang amat responsif dalam menangani isi-isu berkaitan wabak pendemik ini demi kepentingan penduduk dan rakyat serta kelestarian negara.
Melalui Operasi Pulih yang dijalankan semalam, 21 Oktober 2021 bermula pada jam 8 malam sehingga 4 pagi yang melibatkan pelbagai agensi penguatkuasa telah mencatatkan sejumlah 8 pelanggaran akta dan telahpun dikeluarkan tindakan denda kompuan ke atas mereka.
Pelanggaran akta mengikut urutan daerah;
8 kesalahan di Daerah Brunei Muara
Namun, segala perubahan tersebut bermula dengan diri sendiri dan ianya merupakan langkah pertama dalam segala kejayaan termasuklah mencapai keberhasilan memerangi wabak ini. Sikap ketidakpedulian dan pentingkan diri sendiri akan menimbulkan implikasi negatif dan kesan yang mendalam terhadap usaha pihak kerajaan dalam memutuskan rangkaian wabak serta proses pemulihan negara.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
