BRUNEI MUARA, Khamis 21 Okt 2021 – Adapun gugusan tugas di sebalik Operasi Pulih ini bukan sahaja dipikul sepenuhnya oleh pihak penguatkuasaan, malah ianya juga melibatkan sokongan semua lapisan masyarakat yang turut sama menyumbangkan serta mengongsikan maklumat bernilai ke Pusat Koordinasi Kebangsaan Menangani COVID-19 (N3C19) bagi tindakan ke atas pelanggaran yang melibatkan Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204.
Penduduk kampung serta orang awam memainkan peranan penting selaku mata dan juga telinga kepada pihak penguatkuasaan, dalam membuat pemantauan secara kolektif terhadap keadaan sekeliling kediaman mereka di sepanjang Operasi Pulih dijalankan.
Semalam 21 Oktober 2021, melalui operasi yang dijalankan bermula jam 8 malam sehingga 4 pagi telah mencatatkan sejumlah 18 pelanggaran akta yang melibatkan 3 daerah.
14 kesalahan di Daerah Brunei Muara
2 kesalahan di Daerah Tutong
2 kesalahan di Daerah Temburong
Tidak dinafikan lagi, dengan penglibatan kesemua pihak ini akan menyaksikan negara mencapai hasrat bagi mengawal risiko penularan jangkitan wabak ini secara menyeluruh dan memulihkan kehidupan rakyat dengan sebaiknya.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
