BRUNEI MUARA, Rabu 20 Okt 2021 – Kesedaran masyarakat awam terhadap penularan wabak COVID-19 adalah merupakan tunjang utama dalam menjurus kepada langkah-langkah pencegahan dan juga pengawalannya. Perkara ini adalah mustahak dan perlu diambil perhatian sewajarnya agar setiap individu, ahli keluarga, masyarakat serta penduduk negara, bebas daripada jangkitan pandemik ini.

Berbagai inisiatif dan daya usaha pihak kerajaan telah dilaksanakan bagi membentuk kesedaran masyarakat awam untuk sentiasa celik dan peka terhadap implikasi dan kesan daripada wabak ini. Justeru, adalah menjadi peranan dan tanggungjawab bagi setiap masyarakat untuk menghargai dan mengambil perhatian sebaiknya agar negara segera pulih daripada pautan wabak COVID-19. 

Menerusi Operasi Pulih bagi hari ke 16, iaitu 19 Oktober 2021 bermula dari jam 8 malam sehingga 4 pagi telah mencatatkan sejumlah 16 pelanggaran akta telah berlaku. 

 Pelanggaran akta mengikut urutan daerah ; 

13 kesalahan di Daerah Brunei Muara 

 3 kesalahan di Daerah Belait 

Tanpa disedari, sikap segelintir individu masih lagi didapati degil dan ingkar. Kesan daripada sikap ini boleh sahaja menjadi penyebab terhadap usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak ini berdepan dengan jalan yang sukar. 

Oleh yang demikian, patuhilah arahan dan saranan pihak kerajaan bagi mengelak daripada tindakan undang-undang yang lebih tegas dilaksanakan kepada individu-individu yang senghaja mengabaikan perintah di bawah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204 ini.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI