BRUNEI MUARA, Sabtu 16 Okt 2021 – Negara telah melaksanakan berbagai inisiatif dan gagasan dalam objektif utama iaitu menangani penularan pandemik COVID-19, ianya bukan saja menjurus kepada segi kesihatan bahkan menumpukan kepada kepentingan kebajikan rakyat, keselamatan awam serta memperkasa ekonomi.
Antara lain perlaksanaan utama yang dilaksanakan oleh Pihak Kerajaan ketika ini adalah perlaksanaan pengawalan pergerakan yang merupakan arahan perintah untuk berada di tempat tinggal / kediaman masing-masing pada setiap malam bermula pada jam 8 malam sehingga 4 pagi bertujuan untuk usaha mengurangkan pergerakan serta risiko penularan jangkitan COVID-19.
Walau bagaimanapun, keberkesanan langkah-langkah pengurangan ini tidak hanya terletak di atas bahu kerajaan malah menjadi tanggungjawab ke atas setiap pelusuk rakyat untuk berganding bahu, tenaga dan usaha demi kepentingan serta kebaikan bersama.
Sehubungan dengan itu, melalui perlaksanaan penguatkuasaan yang dijalankan melalui Operasi Pulih semalam 15 Oktober 2021 telah mencatatkan sebanyak 19 pelanggaran undang-undang dan telah diambil tindakan denda kompaun ke atas mereka.
Pelanggaran akta mengikut urutan daerah;
16 kesalahan di Daerah Brunei Muara
2 kesalahan di Daerah Belait
1 kesalahan di Daerah Tutong
Oleh itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) selaku teraju bersama agensi penguatkuasa yang lain dalam perlaksanaan Operasi Pulih ini akan teguh setia mendukung inspirasi kerajaan ke arah kejayaan dalam hala tuju pengawalan pandemik COVID-19 ini.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
