BRUNEI MUARA, Rabu 13 Okt 2021 – Penularan wabak COVID-19 adalah merupakan musuh dan ancaman yang tidak dapat dilihat serta dihidu. Justeru, dalam mengatasi penularannya memerlukan tugasan dan cabaran yang besar yang harus dipikul menjurus kepada pendisiplinan dan kepekaan diri sendiri. 

Melalui arahan-arahan sekatan yang telah dikeluarkan oleh Pihak Kerajaan dibawah perlaksanaan Operasi Pulih, sekali lagi orang ramai adalah disarankan dan diperlukan untuk berada di tempat kediaman masing-masing pada setiap malam daripada jam 8.00 malam hingga 4.00 pagi. 

Hasil daripada Operasi Pulih semalam 12 Oktober 2021 telah mencatatkan sebanyak 33 kesalahan denda kompaun dikeluarkan.

23 Kesalahan di Daerah Brunei Muara 

10 Kesalahan di Daerah Belait 

Oleh itu, Pihak penguatkuasa yang ditugaskan akan berusaha dalam mempertingkatkan lagi aktiviti penguatkuasaan dan pengawasan bagi memastikan orang ramai akan terus bekerjasama dalam mematuhi arahan-arahan dan saranan pihak kerajaan dalam pembendungan penularan wabak COVID-19 ini. 

Bagi sebarang insiden yang didapati melanggar sebarang peraturan atau SOP, orang awam boleh menghubungi Talian Hotline, di Pusat Koordinasi Kebangsaan Menangani COVID-19 (N3C19) yang beroperasi selama 24 jam setiap hari. Talian-talian Hotline yang dapat dihubungi, iaitu +673 8176148 atau +673 8175148 atau +673 8166148 atau +673 8155148.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI