BRUNEI MUARA, Khamis 7 Okt 2021 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama agensi – agensi penguatkuasa, yang telibat sama dalam menjayakan Operasi Pulih ini sentiasa teguh dan tegas dalam melaksanakan arahan tugas bagi memastikan tidak ada sebarang individu yang melanggar perintah yang sedang dilaksanakan di bawah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204.
Melalui Operasi Pulih bagi hari ketiga iaitu 6 Oktober 2021 bermula pada jam 8 malam sehingga 4 pagi telah mencatatkan pelanggaran akta sebanyak 28 kesalahan bagi keseluruhan Daerah.
16 kesalahan di kawasan Daerah Brunei Muara
7 kesalahan di kawasan Daerah Belait
3 kesalahan di kawasan Daerah Tutong
2 kesalahan di kawasan Daerah Temburong
Kerjasama masyarakat awam sangat-sangat diharapkan bagi sama-sama memikul tanggungjawab memutuskan rantaian COVID-19 ini dengan sebaiknya. Kerja keras dan strategi barisan hadapan ketika ini akan menjadi sia-sia sekiranya masih terdapat di kalangan masyarakat yang bersikap sambil lewa malah mengambil sikap mudah akan perintah yang dikeluarkan.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
